'Pemain tiada kualiti'




ABDUL GHANI dijulang rakan sepasukannya selepas membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia pada tahun 1963.





Kosmo! AHAD: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan satu pertemuan bagi membincangkan isu bola sepak negara baru-baru ini. Apakah pendapat Datuk tentang hasil pertemuan tersebut?

ABDUL GHANI: Saya akui langkah KBS membantu program-program sukan di peringkat akar umbi adalah satu usaha yang baik. Memang liga daerah perlu dihidupkan semula. Dulu memang banyak liga kampung, daerah dan negeri. Tapi yang penting, kita tetap memerlukan sumber kewangan yang mencukupi. Sebut saja sukan, mesti kena ada penaja. Itu yang penting. Kalau cukup sumber kewangan dan tajaan, saya yakin kita boleh lakukan program pembangunan sukan bola sepak dengan jayanya.

Apakah komen Datuk tentang pengambilalihan pengendalian skuad Harimau Muda oleh KBS?

Hal ini saya kurang pasti, sama ada tindakan KBS ambil alih skuad bawah 20 tahun kebangsaan (Harimau Muda) itu melanggar syarat yang ditetapkan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa). Sepatutnya kerajaan tak dibenarkan mencampuri pengurusan bola sepak sesebuah negara.

Apakah cara untuk memulihkan mutu bola sepak kita yang makin malap?

Kalau sudah malap, takkan kita nak biarkan ia terus malap. Kita kena cari jalan untuk terangkan semula. Lihat dulu, berapa tahun kita perlukan untuk mencari (Allahyarham) Mokhtar Dahari, bukan tempoh yang sekejap.

Minat anak-anak muda sekarang terhadap bola sepak tempatan pun dilihat makin kurang, kenapa?

Ya, memang betul. Kita kena buat sesuatu untuk tarik semula minat budak-budak untuk mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Sebagai contoh, pihak Kementerian Pelajaran boleh menggerakkan satu program untuk mendekatkan bekas-bekas pemain kebangsaan dengan murid sekolah. Bawa bekas pemain ke sekolah-sekolah, baru mereka kenal siapa wira-wira negara dulu. Sukan memerlukan idola. Apabila budak-budak ada idola, mereka akan berminat kepada sesuatu sukan.

Apakah pandangan Datuk terhadap pemain bola sepak yang beraksi dalam Liga Malaysia ketika ini?


AKSI Abdul Ghani (kiri) ketika perlawanan persahabatan menentang Taiwan pada 1960.



SATHIANATHAN dipecat ekoran kekalahan memalukan skuad kebangsaan kepada UAE pada kempen kelayakan Piala Asia 2011.


Apa yang saya nampak, pemain sekarang tiada kualiti. Kalau ada pun, hanya seorang dua. Main bola kena berpasukan, kalau ada yang cergas 40 peratus, ada yang cergas 80 peratus, tak seimbang. Ada jurang dalam sesuatu pasukan itu dan susah untuk bermain dengan baik. Semua posisi sepatutnya seimbang. Semangat pemain memang kuat, tapi kalau semangat saja tapi tidak cergas, tiada gunanya.

Apakah yang perlu kita lakukan?

Kita kenalah perbanyakkan lagi bilangan pemain-pemain yang betul-betul berkualiti ini. Nak berjaya, sesebuah pasukan itu kena ada semua pemain yang berkualiti, bukan setakat seorang dua. Dahulu, nak main skuad kebangsaan, ada lapan orang penyerang yang hebat. Kami semua kena berebut nak dapat peluang main kesebelasan utama. Nak tak nak, kami perlu pertingkatkan prestasi masing-masing dan lihat apa hasilnya.

Adakah ketiadaan pemain import menjejaskan kualiti pemain tempatan ketika ini?

Saya tak rasa begitu. Zaman dahulu pun tiada pemain import. Tapi sepatutnya pemain sekarang fikir positif, inilah peluang untuk mereka mendapat peluang beraksi dengan lebih kerap tanpa dibayangi pemain import. Ada pemain import dulu pun, pemain kita tak belajar apa-apa pun, lebih baik tiada. Jadi kalau dapatlah seorang pemain terbaik di semua posisi dari setiap pasukan dalam Liga Malaysia, kita dah boleh dapat cukup pemain yang mantap untuk skuad kebangsaan. Pemain import untuk skuad kebangsaan? Tidak perlulah, lihat saja Singapura, ada import pun kalah.

Adakah Datuk masih mengikuti perkembangan Liga Malaysia ketika ini?

Ya, saya masih ikut. Saya masih pergi ke stadium untuk melihat perlawanan membabitkan pasukan Selangor, PKNS, Harimau Muda dan Proton FC. Perlawanan yang menyaksikan pasukan kebangsaan tewas 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas pun saya pergi tengok. Kalau saya tak ikuti perkembangan bola sepak semasa, saya tak boleh nak komen macam-macam.

Apakah komen Datuk tentang kekalahan Malaysia kepada UAE?

Kalau kalah 3-5, orang akan kata pertahanan lemah tetapi serangan masih berfungsi. Tapi ini 5-0, orang akan kata pertahanan lemah, serangan pun lemah. Pemain kita tiada teknik, mereka kena banyak belajar lagi, masih banyak yang kurang. Buat hantaran pun sangkut. Berbeza dengan zaman dahulu, pemain beraksi dengan menggunakan apa yang dinamakan outside foot, guna bahagian atas atau luar kaki. Pemain sekarang tak gunakannya. Dahulu saya boleh gelecek dua tiga pemain dengan mudah. Sekarang saya tengok pemain nak cepat-cepat lepaskan bola dan selesai tugasnya. Sepatutnya pemain kena terus bergerak dan berlari sehingga berjaya menjaringkan gol, baru tugas selesai.

Apakah ini berpunca daripada kurangnya latihan tambahan?

Ya, mereka tidak buat latihan tambahan. Hanya ikut sesi latihan yang dikendalikan jurulatih, mereka jadi robot, ikut tanpa ada usaha untuk memajukan diri masing-masing. Kita berlatih untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna. Jadi bila dalam permainan sebenar kita gagal, kita kena ulang balik dalam latihan sehinggalah ia berjaya diterjemah dalam perlawanan sebenar. Masa saya dulu, habis latihan biasa, pemain penyerang akan buat latihan tambahan dari 12 tengah hari sampai 1 petang. Letak 20 biji bola, berulang kali sepak ke pintu gol. Hasilnya, kita dapat tingkatkan kecergasan, tingkatkan ketepatan sepakan dan sentuhan penyudah berkesan.


PEMAIN skuad kebangsaan, Hardi Jaafar (kanan) mengasak pemain UAE, Abdulraheem Jumaa pada kempen kelayakan Piala Asia 2011 baru-baru ini. Malaysia kalah 0-5.


Apakah yang Datuk mahu lihat dalam perkembangan bola sepak negara pada masa akan datang?

Tidak mungkin kita mahu kembali ke belakang. Kita kena terus maju ke depan, walau dengan apa cara sekalipun. Takkan kita nak berhenti main bola sepak dan nak tutup liga kita. Jadi yang penting semua pihak kena mainkan tanggungjawab masing-masing demi menyelamatkan bola sepak negara kita.

Apakah pesanan Datuk kepada pemain-pemain bola sepak profesional masa kini?

Apa yang pemain kena ada ialah mereka perlu bijak mengawal diri masing-masing. Secara peribadi, saya memang tidak merokok sejak dari dulu sampailah sekarang, sampai umur dah 73 tahun. Selain itu, tidur kena cukup. Kalau kita nak main dengan penuh tenaga, pastikan tidur mencukupi supaya badan cergas. Kena juga motivasikan diri kita, nak main bola hanya satu tujuan iaitu untuk menang, bukan seri atau kalah. Paling penting, beri tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya anda sebagai pemain bola sepak. Pelajaran kita tak tinggi, hanya boleh main bola. Jadi kenalah main betul-betul kerana bola sepak merupakan satu industri yang kadang-kadang lebih berjaya daripada kerjaya lain.



Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “'Pemain tiada kualiti'”

Post a Comment

 
free counters

Followers

ORANG HILANG

orang hilang
Nama:SUZLIANA BTE MALEK
Umur:30
Bangsa:melayu
Status:kawin
Melaka:Bertam Ulu
Asal:Johor Batu Pahat (Parit Sulung)

Ini bukan Skim cari jodoh tapi kes orang hilang..Sudah 3 tahun dia menghilangkan diri so pada sesiapa yg terjumpa org ni sila maklumkan Di sini..di ruangan komen atau di Yahoo Massengger clik Icon YM saya untuk berhubung..Di maklumkan suami beliau tengah sakit kritikal sekarang dan memerlukan sokongan beliau..Ini di sebabkan permasalahan dalaman beliau sendiri..

Follow My BlogLog