Hari terakhir seorang gadis

"Saya teringat pengalaman Leya yang tidak dibenarkan memandu sebelum majlisnya. Tetapi saya tidak boleh mengikut apa-apa ritual kerana segala persiapan perlu saya lakukan sendiri" - Tini


DIA seorang yang nampak manis dan ramai tidak menyangka tubuh yang dibawanya sudah berusia 31 tahun. Kartini atau mesra disapa Tini kelihatan muda dan segar.

Senyuman yang sentiasa terukir di bibir meremajakan dirinya. Malah dia senang tertawa ketika bercerita itu dan ini dalam nada ramah yang tidak dibuat-buat.

Berbual-bual dengan deejay Hot FM ini memang menyenangkan. Pengalamannya tinggal sendirian di England membuatkan dia ramah dan pandai menghormati individu lain.

Justeru, bersembang dengannya pada pagi Isnin lalu di Putrajaya lebih banyak berbaur santai. Saya juga tidak mahu menyesakkan otaknya yang ligat memikirkan persiapan perkahwinannya pada 22 Februari ini.

Geli dengan Valentine

Lucu apabila bercerita tentang Valentine Day, gadis yang bakal menjadi suri hati Sol ini berkata, dia agak geli apabila menyebut Hari Kekasih atau Valentine Day.

"Geli bila sebut Valentine. Mungkin sebab saya bukan jenis orang yang mempraktikkan Hari Kekasih yang rata-rata pasangan suka menyambutnya.

"Pada awalnya saya mendapat pilihan sama ada mahu mengadakan resepsi saya pada tarikh 8, 14 atau 22. Sebenarnya saya lebih selesa memilih tarikh 22 Februari ini."

Tini tidak menentang Hari Kekasih, jauh sekali untuk membencinya. Namun dia punya pandangan tersendiri mengenai tarikh tersebut.

"Sejujurnya saya merasakan Hari Kekasih sudah terlalu dikomersialkan. Semua benda dijual mahal pada hari tersebut.

"Bayangkan harga bunga boleh jadi berlipat kali ganda. Begitu juga dengan barangan yang berkaitan dengan kekasih.

"Saya cuma kurang faham bagaimana pasangan boleh merayakannya dalam keadaan sesak di dalam restoran mewah. Bagaimana mahu beromantis ketika itu?

"Suasana padat dan sesak itu tidak membenarkan aura romantik itu berjalan lancar," ujar Tini.

Tiada pantang larang sebelum kahwin

Daripada kisah hari romantik sedunia, perbualan kami beralih kepada hari besar yang bakal dijalaninya.




Tini senyum bak seorang anak dara yang berdebar-debar menanti si teruna datang menyunting. Sengaja saya bertanyakan dia, apakah debarannya ketika meniti hari-hari terakhir bergelar seorang gadis.

"Saya ada juga terfikirkan perkara itu. Ia boleh dikatakan begini, 'Oh tidak! Saya tidak akan kembali ke masa lampau'.

"Selepas ini tiada lagi panggilan cik buat saya. Segalanya bertukar kepada pangkat puan. Tapi saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menempuh dunia baru itu."

Dalam suara tenang, Tini berkata, segalanya sudah difikirkan masak-masak dan dia telah bertemu dengan orang yang tepat untuk menjaganya.

"Mungkin ada yang berpendapat apabila sudah berkahwin, akan banyak aktiviti semasa bujang tidak dapat dilaksanakan. Tapi saya tidak rasa begitu.

"Bakal suami saya, Sol atau nama penuhnya Nur Sulhi Jasmin merupakan seorang yang cool dan sporting. Saya tidak akan rasa satu perubahan besar untuk diri dan pergerakan saya.

"Cuma bezanya nanti saya akan ada pasangan hidup. Tentunya kehadiran Sol akan memberi lebih tenaga dalam penitian hidup saya.

"Bak kata orang, berdua kan lebih baik," senyumnya, mungkin teringatkan Sol yang tidak menemaninya pagi itu.




Tambah Tini, memang sejak dulu lagi dia sukakan aktiviti mengembara. Maklumlah jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman. Kini dia sudah ada 'teman tetap' untuk melunaskan hobinya itu.

Maklumlah, kata Tini, sukar untuk dia mencari teman yang fleksibel bagi mengikutnya mengembara.

Saya tanya Tini pada usia berapakah dia merasakan sukar mencari kawan-kawan untuk beraktiviti atau telah terasa 'hilang' kawan yang solo.

"Pada usia saya 26 tahun. Saya rasa sukar untuk cari kawan lepak. Kebanyakannya sudah berkeluarga dan aktiviti banyak berasaskan kekeluargaan.

"Jadi sekarang saya sudah tidak perlu risau lagi sebab saya juga akan punya aktiviti kekeluargaan sendiri," ujarnya yang membayangkan dia bakal bergelar ibu kepada tiga atau empat orang anak.

Anak dara Datuk Kamarul Ariffin ini sememangnya menetap bersama keluarganya selama ini.

Kini tiba masanya dia belajar berdikari. Dalam sedih, Tini rasa teruja untuk berdepan dengan pengalaman baru itu.

"Ada ritual atau pantang larang sebelum perkahwinan?" tanya saya. Jawabnya ringkas: "Saya teringat pengalaman Leya yang tidak dibenarkan memandu sebelum majlisnya.

"Tetapi saya tidak boleh mengikut apa-apa ritual kerana segala persiapan perlu saya lakukan sendiri."

Mahu terbit program pengembaraan

Tini ialah pembawa acara bagi Menu Muzik Hot FM yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Kecintaannya terhadap bidang pengacaraan radio terserlah selepas membawa pulang ijazah sarjana kewartawanan dari London.







Namun selain puas dan seronok menjadi seorang deejay, dia punya cita-cita untuk memperkembangkan pengetahuan dan bakat dirinya.

"Saya akan gunakan ijazah sarjana saya untuk menjadi pensyarah. Saya dapat rasakan kepuasannya nanti akan berbeza. Itu salah satu cita-cita saya.

"Selain itu, saya ingin muncul dengan sebuah program sendiri. Saya juga mahu buat perbezaan dalam program saya.

"Saya mengimpikan sebuah program yang ada unsur pengembaraan dan berteraskan gaya hidup.

"Saya merupakan peminat program Asian Food Channel (AFC) dan saya terbayangkan sesuatu yang begitu."

Bercakap tentang program televisyen di Malaysia, pengacara program 3R di TV3 ini berkata: "Saya rasa kita perlu beri lebih peluang untuk program tempatan.

"Saya agak terkilan dengan program-program yang sering diulang tayang sehingga menimbulkan rasa bosan penonton.

"Malaysia kekurangan program yang berbentuk infotainmen sebab kita lebih berteraskan stail dan format hiburan semata-mata.

"Kita perlu bertanggungjawab terhadap penonton kita dengan menyediakan program yang sihat."

Selesai berborak-borak mengenai perjalanan hidupnya, Tini dengan gembira beraksi di depan dan di dalam belon udara panas yang menceriakan suasana Putrajaya sempena Karnival Belon Udara Panas Putrajaya 2009.

Sempat dia menunjukkan kad jemputan kahwinnya yang berlatarkan warna merah, iaitu warna kegemaran Tini yang baginya melambangkan berani.

Selamat pengantin baru!



Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Hari terakhir seorang gadis”

Post a Comment

 
free counters

Followers

ORANG HILANG

orang hilang
Nama:SUZLIANA BTE MALEK
Umur:30
Bangsa:melayu
Status:kawin
Melaka:Bertam Ulu
Asal:Johor Batu Pahat (Parit Sulung)

Ini bukan Skim cari jodoh tapi kes orang hilang..Sudah 3 tahun dia menghilangkan diri so pada sesiapa yg terjumpa org ni sila maklumkan Di sini..di ruangan komen atau di Yahoo Massengger clik Icon YM saya untuk berhubung..Di maklumkan suami beliau tengah sakit kritikal sekarang dan memerlukan sokongan beliau..Ini di sebabkan permasalahan dalaman beliau sendiri..

Follow My BlogLog