Kek Husamwaksa

Kek keju yang dibungkus kemas itu bukan saja lazat dan murah, malah ia tahan selama setahun jika disimpan pada suhu -18 darjah Celcius.


KEK keju Husamwaksa boleh didapati dalam tiga perisa iaitu coklat, strawberi dan bluberi.

MENJELANG hari Kekasih, mungkin ramai yang terfikir untuk memberikan hadiah paling istimewa buat insan tersayang. Mencari hadiah yang mahal atau bermakna? Meriah atau disukai?

Di sebalik pelbagai cadangan atau idea, Mohd Muhsin Abdul Wahab, 23, percaya kepada pemberian yang ikhlas walaupun hanya sepotong kek. "Kek Husamwaksa adalah makanan kegemaran teman wanita saya, Nurul, dan sejak akhir-akhir ini dia sangat berminat dengan kek keju Husamwaksa," katanya sambil menghulurkan sepotong kek keju Husamwaksa cita rasa coklat.

Kek tersebut dibungkus kemas dalam cawan plastik berserta sudu kecil. Di atasnya terdapat kadbod yang memaparkan semua maklumat mengenai kek keju. Muhsin memberitahu, kek keju itu adalah antara kek yang paling sedap dan pernah dimakan serta diperkenalkan oleh Nurul, 20.

"Ia halal dan buatan Malaysia, tetapi rasa kejunya yang asli adalah tarikan utama," kata Muhsin.

Muhsin berkata, rasanya yang asli dan berkrim adalah antara sebab ia menjadi kek pilihan Nurul yang juga menjadi hadiah untuk kekasihnya pada Hari Kekasih tahun ini.

Apakah pandangan Nurul menerima hadiah yang ringkas itu? "Muhsin seorang yang bijak. Walaupun hadiah ini sangat biasa, tetapi oleh kerana ia adalah kek kegemaran, saya tidak kisah," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini. Kek keju Husamwaksa juga mempunyai perasa lain iaitu strawberi dan bluberi.


KEK keju Husamwaksa bukan saja enak dimakan malah dijadikan pengikat kasih sayang.


Biarpun pernah menikmati kek keju dari pelbagai restoran dan kafe popular, Nurul berkata, harga kek keju Husamwaksa berpatutan dan sangat berbaloi apabila menikmatinya. "Baguslah ada kek keju buatan Malaysia yang murah dan mudah dibawa."

Sambil memperkenalkan pengusaha kek keju, Isa Al Husam Shuhaimi, 27, kata Nurul:

"Kami kawan biasa sahaja, tetapi sejak akhir-akhir disebabkan saya selalu tempah kek keju, kami menjadi kawan baik".

Lelaki yang lebih mesra dengan panggilan Husam itu mahu kek keju yang semakin digilai di kalangan rakannya menembusi pasaran tempatan.

"Ini memandangkan kek keju adalah pasaran yang baru dan biasanya orang ramai hanya berminat kepada kek biasa. Tetapi kek keju asli yang berkrim ini tentu akan menjadi satu pilihan unik," katanya.

Kek tersebut yang disimpan pada suhu -18 darjah Celcius boleh dimakan selepas empat hingga enam jam ia dikeluarkan dari peti ais. Lebih istimewa, kek keju itu tahan sehingga setahun.

"Kami mempunyai sijil dan kelulusan organisasi pemakanan yang meluluskannya. Ia juga sesuai untuk pengamal makanan yang berasaskan sayur-sayuran," tambah Husam.

Sungguhpun masih pada fasa awal, Husam memberitahu, respons yang diperoleh amat memberangsangkan.

Buat masa ini, kek keju Husamwaksa hanya boleh didapati di kafe-kafe dan restoran, pasar raya dan kedai serbaneka tertentu, di Pulau Pinang seperti di kedai Happy Mart dan Sunshine Store. Selain itu, ia juga boleh diperoleh di beberapa tempat lain di seluruh negara menerusi pengedarnya.

Sebagai memberi peluang untuk usahawan muda menceburi bidang perniagaan dan melebarkan perniagaanya di lokasi-lokasi lain, Husam mempelawa mereka yang berminat.

Maklumat lanjut mengenai program perniagaan kek keju Husamwaksa, boleh menghubungi Husam di talian 04-2639215 atau 012-5611978 (Hasnul).


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Kek Husamwaksa”

Post a Comment

 
free counters

Followers

ORANG HILANG

orang hilang
Nama:SUZLIANA BTE MALEK
Umur:30
Bangsa:melayu
Status:kawin
Melaka:Bertam Ulu
Asal:Johor Batu Pahat (Parit Sulung)

Ini bukan Skim cari jodoh tapi kes orang hilang..Sudah 3 tahun dia menghilangkan diri so pada sesiapa yg terjumpa org ni sila maklumkan Di sini..di ruangan komen atau di Yahoo Massengger clik Icon YM saya untuk berhubung..Di maklumkan suami beliau tengah sakit kritikal sekarang dan memerlukan sokongan beliau..Ini di sebabkan permasalahan dalaman beliau sendiri..

Follow My BlogLog